Tuesday, December 1, 2009

aduhai chin peng kesian kau

Aku tak minat sebenarnya nak berbicara pasal politik ataupun sejarah sebabnya sejak dari azali lagi aku bukan seorang pencinta sejarah.Aku tahu tanpa sejarah aku tak akan menikmati kehidupan yang over sosial macam sekarang ni dan tanpa sejarah juga aku takkan kenal sapa itu Dato' Bahaman,Mat Kilau,Dato' Abdulrahman Limbong dan sebagainya tak termasuk Malim Kundang.

Namun kesedaran keatas pentingnya sejarah mula muncul bila aku ditipu beberapa kali oleh wanita yang mulanya mengatakan sayang pada aku dan sebab itulah aku sedar sejarah itu penting kerana sejarah mungkin berulang.Dam tidak mustahil sejarah negara pun akan turut sama berulang.

Negara sekarang sedang sibuk menyatakan mengenai kepulangan Chin Peng(CP) dan sebagaimana yang kita tahu negara menentang keras kepulangannya dengan menggunakan alasan rakyat Malaysia masih perit dengan apa yang dilakukan oleh CP.Aku rasakan alasan yang diberikan adalah tidak bersesuaian sekali.Memang benar CP bekas seorang komunis dan itu adalah 52 tahun dahulu dan sangatlah mustahil kepulangan CP akan memberi ancaman keatas negara ini jika dia menikmati kemakmuran yang diberikan.Bagi aku jika CP dibenarkan balik ke negara ini satu sumber sejarah yang penting akan terbuka dan boleh diterokai.Dengan kepulangan CP rakyat negara ini berpelunag mengetahui dengan lebih detail mengenai mengapa wujudnya fahaman komunis satu masa dahulu.Apa yang mereka perjuangkan?Kenapa mereka menentang negara?Bagaimana operasi mereka bergerak dan dari mana mereka mendapat bekalan makanan, senjata serta peralatan-peralatan semasa menjadi komunis.Siapa dalang disebalik semua itu pun masih samar-samar dan bukankah dengan kepulangan CP akan merungkai semua itu?Satu kerugian bagi rakyat Malaysia.

Apa yang bermain di fikiran aku adalah,adakah kerajaan negara ini takut dengan seorang yang bernama CP?adakah kerajaan bimbang 'rahsianya' akan terbongkar jika CP balik kenegara ini?setiap orang berhak mendapat peluang kedua dan walaupun CP bukannya seorang muslim namun dia tetap seorang manusia.Pulangkanlah CP dah lama dia outstation dan bagilah dia menikmati sedikit erti kemerdekaan negara ini yang pada mulanya adalah apa yang dia perjuangkan.

cuma sedikit pendapat dari aku.salah silap harap betulkan.
cuma persoalan aku.

"semua rakyat negara perit dengan CP atau sesetengah pihak kerajaan je?"

dan kalau CP masih nak wujudkan komunisme kat negara ini,aku harap dia akan menentang gejala sumbang mahram dan seks liar.Boleh aku join.haha

No comments:

Post a Comment