Friday, December 11, 2009

dara dan teruna

Aku lihat ramai blogger yang membincangkan isu dara ni dan masing-masing mempunyai pendapat dan luahan hati masing-masing terhadap isu ini.Tidak dinafikan pada zaman moden dan serba canggih ni,pemikiran remaja dan belia adalah sangat berbeza jika ingin dibandingkan dengan remaja-remaja pada zaman-zaman mak dan ayah kita terdahulu.Jika dulu, seseorang gadis yang mampu menjaga maruahnya akan dipandang tinggi tapi sekarang siapa yang tiada dara bangga dengan keadaan dirinya itu.Namun bukan semua perempuan begitu.Aku tidak menyalahkan perempuan dalam hal ni 100%.Lelaki juga sepatutnya memainkan peranan penting dalam hal ini.Jika si lelaki mampu mengawal nafsunya maka perkara tersebut mampu dibendung.Harus diingat perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki pula mempunyai 9 akal dan 1 nafsu,Jika lelaki terbabit tidak mampu menggunakan ke-9 akalnya dan menurut nafsunya yang 1 itu, sudah jelaslah lelaki itu tidak sesuai dijadikan bakal suami.

Aku dan kawan aku selalu membincangkan isu ni.Kadang-kadang kitorang rasa pelik, mengapa mudahnya seorang perempuan itu menyerahkan mahkotanya pada seorang lelaki yang belum sahih jadi suaminya.Ada juga yang menyerahkannya walaupun tahu hubungan percintaan mereka pun tidak dipersetujui oleh keluarga namun mereka menyerahkan dara mereka bulat-bulat kepada si lelaki.Even ada sesetengah mat saleh yang masih percaya seks selepas kahwin.Adkah kita ingin menyaingi mereka?Tapi kenapa dari sudut itu?Aku faham kerana aku juga lelaki dan aku juga kadang-kadang mempunyai pemikiran jahat bila keluar dengan awek aku dulu tapi dalam kejahatan aku tu aku masih membayangkan adalah tidak seronoknya malam pertama aku jika aku dah melakukannya terlebih dahulu.Mungkin aku terpengaruh dengan bacaan MALAM PERTAMA tu yang berulang kali aku membacanya, jadi aku inginkan malam itu betul-betul special seperti yang dikhabarkan dan jika aku sudah melakukannya mungkinlah ianya menjadi tidak seronok lagi.

Aku juga teringat bibit-bibit lagu zee avi yang tajuknya kantoi tu, dimana dia nyatakan kawan-kawannya pun tak suka kat mamat tu tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia bleh lagi stay ngan mamat tu.Kenapa seorang perempuan tu mudah percaya pada pujuk rayu lelaki?Jika dia seorang lelaki yang baik dan walaupun mukanya seperti tukun pecah sekalipun, percayalah..dia tidak akan sesekali menyentuh anda secara batin jika dia benar-benar sayangkan anda.Ini kerana kita selalu dengar cerita-cerita orang yang terlanjur ni, dioarang akan katakan mereka dipaksa.Memang yang mula-mula tu adalah atas dasar suka sama suka, kemudianya suka lagi tapi kemudiannya dia akan jadi ketagih.Ini yang masuk part bahaya ni.Membuat seks sebelum kahwin memang seronok sebab kita tak fikir pun apa akibatnya akan jadi selepas itu.Sudah lepas buat barulah terfikir tentang risiko mengandunglah, jangkitan la dan macam-macam.Dan sedarlah bahawa jika anda menggunakan protection sekalipun risiko untuk semua itu tetap ada.selalunya yang cepat sedar dan insaf adalah golongan perempuan kerana golongan lelaki takkan sedar dengan cepatnya.Percayalah!Lelaki apabila dia dah dapat sekali nescaya dia ingin lagi ditambah pula dengan si perempuan yang begitu mudah menyerahkannya.Namun ada juga yang kesedaran itu timbul, tapi masih bergelumang dalam nafsu dan perkara tersebut.Apa yang menyedihkan, apabila si perempuan tidak ingin melakukannya, mulalah si lelaki itu akan membuat ugutan, dan oleh kerana si perempuan tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan lagi, maka berlakulah seks paksa.Kesian kan?
Kenapa nak hidup dalam ketakutan?Tak jeles ker bila tengok orang-orang yang berdara menceritakan ke'best'an malam pertama mereka dengan suami?(orang sekarang open jer citer pasal malam pertama).kenapa tidak dirasai kesakitan saat itu dengan orang yang sah-sah akan menemani malam-malam anda?Anda sahaja yang mempunyai jawapannya disebalik semua itu.

Aku juga tertanya-tanya, pernahkah perempuan-perempuan ini, tak kisahlah yang memang mahukannya atau dianiaya, adakah pernah terlintas di sanubari mereka yang lelaki itu akan benar-benar jadi suami mereka?Ada sesetengah couple yang percaya, lelaki itulah hidupnya dan hanya maut yang mampu memisahkan mereka namun cuba bayangkan selepas terjadinya peristiwa itu si lelaki menemui ajalnya.Bagaimana nasib perempuan itu?Pernahkah terfikir lelaki itu akan diterima oleh keluarga jika semua tu kantoi?Kahwin memanglah kahwin tapi penerimaan tu mungkin berlainan.Even jika tidak kantoi sekalipun adakah hubungan mereka tu akan bertahan?Kuasa tuhan tu malas la aku nak sebutkan tetapi kebiasaannya orang yang melakukan seks sebelum kahwin mudah mendapat penyakit walaupun tidak bertukar-tukar pasangan namun bagi yang kahwin 4 selamba jer lakukannya tanpa perlu takut.
Pernahkah juga mereka terfikir lelaki itu hanya melakukannya dengannya sahaja?Ingin aku katakan disini, lelaki kita takkan tahu sama ada dia pernah melakukan seks atau tidak.Kita cuma akan tahu( kalau la sempat perasan) semasa melakukannya.Aku pernah tanya pada kawan aku yang mana sangat berbangga denga kehidupannya buat seks sebelum kahwin.Aku tanya dia, macam mana nak bezakan atau nak tahu lelaki tu pernah atau tak pernah buat seks.Antara ciri-cirnya adalah:

1. lelaki yang berniat nak buat seks akan cuba memujuk si gadis bermati-matian.Jika sebelum ni mesej pun jarang-jarang tapi bila berkeinginan sikapnya berubah.

2.lelaki yang berniat nak buat seks akan mula berani bawa aweknya ke tempat-tempat gelap, jauh dari pandangan orang, dan ada juga yang mula berani membawa aweknya ke rumahnya atau rumah sewanya atau rumah sesapa yang dekat dengannya yang mana dia tahu tiada orang atau orang sentiasa sibuk.

3.lelaki yang berniat nak buat seks akan sentiasa membenarkan aweknya menyentuh tubuhnya dan akan mula menyentuh tubuh aweknya secara sikit-sikit,maksudnya mula-mula tak berani nak peluk-peluk lama tapi dah jadi berani peluk-peluk dan cium-cium manja

4.lelaki yang biasa buat seks akan memiliki kondom, tahu cara memakainya(kadang-kadang berlagak tak tau), dan tanpa segan silu membeli kondom di kedai-kedai 7e.

5.lelaki yang biasa buat seks tahu macam mana nak approach si gadis, macam mana nak bukak coli, panties, tahu titik-tik g-spot dan tahu posisi-posisi ingin melakukannya tanpa segan silu.Jika ianya adalah kali pertama bagi lelaki, mereka akan jadi sangat kekok, mau buka spender pun mengambil masa yang lama,ciuman yang sedikit ganas dan melakukannya dalam masa yang cepat berbanding yang biasa melakukannya.( tips ni aku dapat dari seorang pelacur yang aku kenal)

Ini adalah apa yang aku dapat.Mungkin ada banyak lagi caranya kat luar tu.Aku bukan apa, selalunya aku tengok perempuan yang terlibat dalam kes-kes begini adalah orang-orang baik, pelajar-pelajar universiti, perempuan-perempuan bertudung, budak-budak kampung, dan kadang-kadang dari keluarga yang baik.Mereka ini juga mendapat didikan agama yang cukup, tapi kesudahannya semua itu tetap berlaku.Mungkin golongan ini lebih cintakan lelaki atau pakwenya berbanding tuhan even keluarganya sendiri,dan lebih percayakan lelaki dari bapaknya sendiri.Tapi bagi yang terjebak disebabkan butanya mata hati,fikirlah sejenak..adalah tidak adil kehidupan yang sepatutnya indah digelapkan sekelip mata oleh seorang lelaki yang belum diketahui statusnya akan menjadi suami anda atau milik anda dan tidak diketahui juga status kesihatan dan seks's lifenya.Lelaki memang pandai menipu.Namun aku tidak menafikan wujudnya golongan lelaki yang baik diluar sana, yang boleh menerima si gadis yang terlanjur, namun jangan digunakan kisah hitam si gadis untuk kepentingan diri, jangan dirosakkan lagi apa yang rosak dan bimbinglah si gadis.Dan kepada gadis-gadis yang sudah terlanjur dan belum sedar serta insaf, insaflah dan taubatlah.Dan yang sudah tersedar,jika anda masih dengan orang yang merosakkan anda,berhati-hatilah..langit tak selalunya cerah,semua itu tak selalunya indah.Dan jika anda tersedar dan anda sudah tidak lagi dengan orang yang merosakkan anda, dan anda mempunyai teman baru yang baik dan sudi menerima anda,jagalah hubungan itu, dan berikan masa kepada teman baru anda kerana sesungguhnya untuk menerima semua itu bukannya mudah.Tiada lelaki dalam dunia ini ingin orang yang dicintainya disentuh oleh lelaki lain apatah lagi orang yang dicintainya itu sudah menyerahkan mahkotanya pada orang lain sebelumnya.Dan jika anda fikir teman baru anda tidak dapat menerima anda sebab anda sudah tiada dara, itu bukan persoalannya.Ia lebih kepada maruah, orang yang mampu menjaga maruah dirinya menunjukkan dia mampu menjaga dan sayang pada dirinya, dan mereka ini adalah antara golongan orang-orang yang kaya.

harus diingat, lelaki yang betul-betul cinta dan sayangkan anda akan menjaga diri anda serta maruah anda.

namun wujud kesian juga pada lelaki yang jodohnya dengan perempuan-perempuan sebegini..macam tidak adil.Tapi mungkin ada hikmah disebalik semua itu.Nak-nak lagi hantaran sekarang mahal,dah kena robos ker tidak harganya tetap tinggi.Ye la..pihak keluarga tak tahu mengenainya cuma si gadis dan si teruna.Bagi yang masih mampu menjaga maruah anda,teruskan usaha,jangan termakan pujuk rayu lelaki yang bersifat syaitan..

JAGALAH DIRI ANDA,MARUAH ANDA,INGAT LAH MASA DEPAN ANDA DAN ORANG-ORANG YANG MENYAYANGI ANDA.

hanya suratan dari aku disini untuk si gadis melayu.

3 comments:

  1. Ini sekadar pendapat dari aku la..

    Biasanya masa bercinta,semuanya indah² belaka..
    Mana de tyme bercinta ada orang pk nak clash pulak kan..
    So,dengan anggapan hubungan itu akan berkekalan selamanya maka si dara dengan mudahnya menyerahkan diri kepada si teruna..

    Lagi satu,perempuan ni kalau dah sayang,gunung emas kat belakang rumah (kalau ada la) pun sanggup digadaikan untuk kekasih..

    Perempuan dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok..
    Jadi lelaki lah yang harus meluruskannya..
    Kalau terlalu kuat,ianya akan patah tetapi kalau terlalu lembut pula,ianya takkan berjaya..
    Maka terpulanglah kepada lelaki untuk membentuk wanita pilihannya..

    Entah apa² yang aku membebel ni..Teremo sekejap..haha

    ReplyDelete
  2. hye,jom2 lawat Kedai Kiz di www.variatykizhanie.blogspot.com kami mjual hmade bag+hmade pncilbox+baju2+edit gambar dgn harga murah & cantik..folow ye

    ReplyDelete
  3. wow!
    sy sgt sgt sgt suke entry anda ini!
    salute lah sbb anda ketengahkan isu nie!
    yup,sgt agree!!
    senang citer..wahai pompan2 sume..
    kalo nak wat jahat..
    pikir la IBU AYAH korg..
    kalo korg wat,jakg kantoi..ape agknye prasaan dorg bile tau..mst cdeyh gilerr..maluu..
    susa payah dorg besarkan korg..
    x sala nk couple,tp pndai2 la jage batas diri..
    sy bukan ckp kat org je lbeyh..
    sy pon akan salu beringat supaya pndai2 jage diri..maruah..ape2hal pon ingat IBU AYAH..

    ReplyDelete