Sunday, November 29, 2009

Siapa bilang gadis melayu tak menawan?

Baru hari ni berpeluang jenguk ke blog.Minggu yang boleh tahan bizinya.Entri aku kali ni bukan pasal raya korban atau nur kasih tapi pasal seorang pompuan yang aku kenal dan pompuan tu baru seminggu keje kat tempat aku.Orangnya simple,bertudung dan berbaju kurung.Dan yang penting masih single.Ni lah ciri-ciri pompuan yang aku cari.Al maklum lah dalam zaman kemodenan melampau dan penjajahan budaya barat yang masih ada dalam diri anak muda sekarang ni agak susah nak jumpa yang macam ni.Tapi yang peliknya pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang lahir time zaman penjajah takde pula macam anak muda sekarang.Terlampau so-shial.Tapi takpe la yang untung aku juga sebab dapat tengok filem free,just blue-tooth je.Berbalik pada pompuan ni apa yang aku boleh bagitau adalah kalau aku bawak jumpa mak bapak aku memang sah terus tak payah nikah.Oh,alangkah bahagia dan beruntungnya hidup kalau betol-betol terjadi.Orang nya sangat sopan,bersuara lembut dan agak pemalu,cukup membuatkan aku tergoda.Walaupun bodynya agak rendah dan berisi sedikit dari aku,aku tak kisah.Apa yang penting bibirnya tu yang munggil dah cukup membuatkan aku sering lemas sehinggakan nak berdiri pun jadi segan.Err,maksud aku perangai dia dan sifat dia tu.Setiap pagi bila bertembung ngan dia aku akan cakap dalam hati aku "gadis-gadis melayu memang menawan" dan pada masa yang sama dalam kepala aku mula teringat muvee-muvee yang dihasilkan oleh anak-anak melayu."Menawan juga yang tu".haha.Apa yang paling aku suka pasal dia adalah bila masuk waktu solat je terus dia akan kesurau.Oh sungguh bagus bukan?


Cerita diatas cerita 2 minggu lepas.Pagi tadi dia tak datang kerja.Aku tanya bos kenapa dia tak datang,bos cakap dia mintak mc atas sebab-sebab yang tak diketahui.Disebabkan aku seorang yang prihatin aku pergi umah dia just nak menjenguk tapi terkunci.Bila aku tanya jiran dia jiran dia cakap dia kat kampung kena kahwin emergency sebab ditangkap khalwat malam sebelum raya.


Memang patut macam ni ke?bila dah cantik menawan tidak dijaga pula kemaluannya.Dan menutup perlakuannya dengan tudung dan baju kurung,malah pandai menjadi sopan dan pemalu sedangkan yang sebenarnya itu semua adalah topeng semata-mata.Cantik diluar berlubang didalam.Kemana hilang adab dan budaya pun aku tak tau.Bak kata kawan aku,"Kerana nafsu,lupa agama,kerana cinta serah segalanya"

Entah la.
Buat gadis-gadis melayu diluar sana,jangan jadikan identiti melayu untuk sembunyikan kerja korang.Walaupun aku suka apa korang buat tu!

Friday, November 20, 2009

kau memang terer syial

Tadi aku ikut trip memancing kawan aku kat tepi pelabuhan.Walaupun aku ni tak minat nak memancing, disebabkan janji yang aku buat kat kawan aku tu 2 tahun lepas jadi terpaksalah aku turutkan hajat dia tu.Lagipun katanya nak try joran baru.Masa dalam perjalanan tu kawan aku asyik mengeluarkan topik yang sama iaitu kenapa aku boleh putus dengan awek aku tu.Katanya aku ni rugila, tak mengenal dek untung la, suka pilih pompuan la, dan macam-macam tohmahan lagi yang dia lemparkan kat aku.Disebabkan aku seorang yang agak penyabar, aku hanya senyum je bila dengar kata kawan aku tu walaupun dalam hati aku ni umpama gunung berapi yang bakal meletus bila-bila masa.Aku pun explen la dekat kawan aku yang aku putus dengan dia bukan sebab aku nak putus.Tapi disebabkan oleh perasaan cinta tu dah tidak wujud dalam diri aku dan bekas awek aku dan aku dan dia offline pun diatas persetujuan dua-dua pihak.Bila kawan aku dengar aku cakap macam tu terus dia diam sampai la dekat tempat memancing.


Tengah syok memancing kawan aku tanya aku kenapa aku tak kapel lain?Aku cakap la dekat dia aku bukannya taknak kapel lagi tapi aku takut.Takut dengan perempuan zaman sekarang kerana tersalah pikat dapat pula yang dah dirobos almaklumlah semuanya tersembunyi disebalik tudung dan baju kurung yang dipakai.Aku akui memang agak menyesal offline dengan awek aku dulu sebab dalam hal-hal berkaitan maruah dia memang terjaga.Aku nak berkenalan dulu pun terpaksa berjumpa keluarganya dahulu dan sepanjang aku kapel dengan dia aku tak pernah berpeluang nak pegang tangan dia.Itu yang aku respek namun itu juga yang membuatkan aku terpaksa menahan gelora keseorangan.Aku kalau boleh nak cari seorang gadis yang baik namun dalam masa yang sama boleh nakal-nakal dengan aku.Maksud aku bukan nakal-nakal sampai sanggup membiarkan aku meratah tubuhnya, cukuplah dengan gurau senda dan sesi cuit mencuit.Itu aku tak dapat dengan bekas awek aku.Tapi aku offline bukan sebab itu saja, ada lagi sebab-sebab berkaitan, terutama dari pihak keluarganya.

Bila dengar aku cakap macam tu kawan aku gelakkan aku.Dia cakap hidup kenalah enjoy-enjoy dahulu, tak payah konsentrate nak kapel untuk kawen.Masalahnya aku kapel untuk kawen.Bukan untuk main-main dan jika aku nak main-main baik aku habiskan duit main mesin slot mana tahu boleh jadi jutawan segera.Tu pun kalau mengena.Lagipun aku rasa membazir jika kapel hanya untuk main-main.Membazir duit, tenaga, dan perasaan.Angin dengan kawan aku tu aku pun cabar dia.Aku cabar dia mengorat awek kat kedai perabut dekat tempat aku kerja.Lagipun awek tu dah ramai member sekerja aku cuba pikat namun semuanya hampeh.Langsung tak dilayannya.Pantang dicabar kawan aku terus ajak aku kekedai tu.Aku pun ikut je la lagipun aku boleh menamatkan sesi memancing yang sememangnya aku tak minat tu.

Sampai je dikedai perabut tu aku pun tunjukkanlah awek tu.Kawan aku pun dengan selamba pergi kat awek tu dan berlagak macam nak beli perabut rumah.Aku hanya memerhatikan sahaja dari jauh.Tak sampai 5 minit kawan aku tu datang sambil senyum-senyum.Aku tanyalah dia asal dia senyum sorang, dia just ajak aku balik.Dalam hati aku fikir mesti dia dah reject kawan aku tu..hahaha..padan muka kau.Berlagak lagi dengan aku.story end.

...............

aku baru balik dari kedai mamak kat parade.sampai-sampai jer tengok kawan aku tu sedang bergayut, tersenyum sorang-sorang.Nampak je aku dia terus panggil.Ditunjukkan nama kat phone tu.OH tidak!

aku melepas dan menyesal.Bro,kau memang terer syial...
kau bukan terer memancing ikan jer tapi memancing orang pun kau terer.

heran aku.

salam perkenalan dari gaban's corner

sejak dari dulu aku memasang impian ingin memiliki blog aku sendiri.Semua itu terjadi selepas aku membaca satu entry yang agak menarik bagi pandangan aku.Tapi disebabkan sudah agak lama aku tidak menjenguk alam maya ni membuatkan aku lupa laman blog tersebut.Kenapa aku tidak berblog dari dulu?bukan aku tidak mahu,cuma pada waktu itu aku tidak mampu untuk berblog.Bukan tidak mampu kerana tidak mempunyai wang tetapi pada waktu itu awek(ex-awek) aku sudah pun memiliki laman blognya sendiri.Walaupun dipaksa untuk berblog pada waktu itu, aku bagaikan tidak berminat.Aku tidak berminat kerana sudah tentulah awek(ex-awek) aku itu akan membaca apa yang aku tulis kan?dan jika dia membaca apa yang aku tulis ini akan menyukarkan aku untuk berbicara pasal apa-apa yang aku suka seperti contoh cerita gadis kilang yang aku ngorat masa tunggu dia datang time dating.Jadi aku pendamkan dulu keinginan aku tu.Sekarang aku dan dia dah offline jadi aku rasakan sudah tiba masanya untuk aku mulakan impian aku tersebut.

jadi terimalah salam berblog dari aku.
jika tidak menyukai apa yang akan aku kupaskan atau tuliskan, aku tidak kisah. Aku menulis bukan kerana inginkan nama atau wang dari nuffnang atau dari mana-mana advertiser.Aku cuma inginkan kebebasan dalam menulis dan mengeluarkan pendapat yang mana banyak berkabuk dalam kepala otak aku.

sekali lagi aku ucapkan salam berblogging dan jika ada masa, moh pekena teh tarik secawan!