Monday, December 7, 2009

lelaki atau perempuan?


KUALA LUMPUR - Mohammed Fazdil Min Bahari atau Fatine, 36, dalam laman sembang, Facebook mengakui dirinya masih berpegang kepada ajaran Islam dan berterusan melaksanakan tuntutan agama meskipun sudah berada di United Kingdom (UK) sejak awal tahun lalu.

Fatine atau atau nama panggilan mesra keluarga, Fadil, menjawab komen seorang kenalannya dengan berkata: "Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan."

Baru-baru ini, keluarga jurusolek terkenal kelahiran Malaysia yang kini tinggal di Derby, UK itu meluahkan rasa bimbang mereka kemungkinan Fadil bertukar kepada agama yang lain setelah berkahwin jantina sejenis dengan seorang lelaki Britain, Ian Young, 30.

Pada masa sama, keluarganya berharap Fatine yang kini terperangkap dalam masalah visa pelawat yang tidak dilanjut tempoh, tidak berasa tertekan.

Di ruangan itu juga, jurusolek itu menerangkan, perkahwinannya berlangsung secara sivil dengan menandatangani satu perjanjian yang mengesahkan hubungan pasangan tersebut di UK.

"Saya buat perkongsian sivil, tiada kena mengena dengan agama, dia masih dengan agama dia dan saya masih Islam."




Tertarik aku dengan isu ni.Agak pelikkan manusia dijadikan lelaki tapi ingin menjadi wanita.Jika diikutkan hukum semestinya adalah haram mengubah ciptaan tuhan.Ini dikatakan ingin melawan kejadian tuhan yang sempurna tu.Aku sememangnya tak faham dengan situasi camni.Aku sendiri ada ramai kawan yang lembut atau nyah tapi tak ada la sampai bercita-cita nak menukar jantina semua-semua tu.Arghh..geli bila aku fikirkan.Mat saleh memang la tak kisah dengan semua tu tapi inikan..(baik berus gigi guna berus jamban).

Bila berbalik pada isu ini, siapakah yang harus dipersalahkan?Mak bapak?kawan-kawan?masyarakat atau individu itu sendiri?Aku sering tanya pada kawan-kawan aku yang lembut tu kenapa korang jadi macam ni?Dan jawapan yang aku selalu dapat adalah:

1.kitorang tak minta jadi macam ni..
2.kitorang ni perempuan yang bersembunyi dalam badan lelaki
3.kitorang nak jadi laki tetapi lelaki kejam..jadi kitorang jadi nyah
4.adik beradik semua perempuan jadi dah biasa ikut diorang

Bila aku fikir-fikir kepala otak aku muncul sedikit kesimpulan yang dibuat.Semuanya bermula dengan ibu-bapa sendiri kemudian turun kepada individu tersebut.Seterusnya barulah rakan-rakan dan masyarakat.

ibu-bapa
Ada sesetengah ibu bapa menginginkan anak perempuan tetapi ditakdirkan mendapat anak lelaki.Ada yang dapat menerima kenyataan tu tapi ada juga yang tak.Bagi yang tak dapat terima kenyataan, mulalah mereka pakaikan anak lelaki diorang sepertimana perempuan,dimanja secukupnya sejak kecil, diasuh dan dididik sebagai seorang perempuan.Proses perkembangan bayi, mereka akan terpengaruh dengan ajaran ibu bapa apabila sudah mencecah usia 3 tahun maka tidak mustahil jika pada waktu itu, si ibu dan bapa masih mengasuh mereka seperti perempuan akan wujudnya naluri keperempuanan dalam diri mereka.Selain itu ajaran agama juga penting dan individu penting dalam mendidik akhlak anak-anak semestinya ibu dan bapa.

individu
Apa-apa yang berlaku keatas diri sendiri sebenarnya adalah dari dalam diri individu itu sendiri.Jika seorang individu itu menjaga dan memelihara dirinya untuk menjadi seorang yang baik, maka akan baik lah dia dan begitulah sebaliknya.Namun jangan dilupa setiap yang berlaku adalah kerja yang maha esa.Namun jika individu terbabit tahu mana yang baik dan salah bagi dirinya, semua itu tidak akan berlaku.Aku ada seorang kawan yang mana semua adik beradiknya adalah perempuan namun dia tidak sedikit pun ada sifat-sifat lembut kecuali dia memang pandai masak.

kawan-kawan
Tidak dinafikan perkembangan sosial individu adalah melalui perhubungan persahabatan.Jika berkawan dengan orang yang baik maka akan baiklah individu terbabit dan begitulah sebaliknya.Jika individu tersebut mempunyai rakan-rakan yang bersifat lembut dan bersifat kewanitaan, maka tidak mustahil individu tersebut akan terjebak sama.

masyarakat
Masyarakat yang terbuka dengan isu-isu penukaran jantina dan golongan nyah juga turut menyumbang peningkatan golongan ni.Masyarakat yang menjaga tepi kain orang sebenarnya adalah amat bagus untuk membendung gejala ini dan gejala-gejala sosial yang lain(tapi bukan jaga tepi kain orang mengenai masalah rumah tangga).


Kesimpulannya:

1.Semua memainkan peranan penting
2.Geli tekak bila fikir isteri aku seorang lelaki pada azalinya(jauh-jauhkan)
3.Jangan gunakan islam dan nama tuhan jika diri sendiri tak cukup tahap keislamannya.


P/s: Tuhan jadikan lelaki itu sebagai seorang pemimpin, untuk memimpin dirinya, isterinya, anak-anaknya.Tapi mamat ni pulak nak jadi wanita..tak paham aku.Bukankah golongan lelaki adalah golongan yang paling kurang kat neraka tu?fikir-fikirkan lah..

sekadar omong kosong dari aku

4 comments:

  1. boleh plak dia buat statement mcm tu ek

    ok dia kata secara sivil dan kekalkan agama masing2... tp mereka mesti buat seks sejenis bukan? haha

    ReplyDelete
  2. oh sila pimpin aku ke jalan yang benar.
    pity him. ok. harap diberi petunjuk dan hidayah.

    ReplyDelete
  3. oh damn! teruk gila.
    apa sudah tiada nafsu dengan jantina berlainan ka?

    ReplyDelete
  4. aku pun tak tau la.'nek geli plak tekak aku.

    ReplyDelete