Friday, November 20, 2009

salam perkenalan dari gaban's corner

sejak dari dulu aku memasang impian ingin memiliki blog aku sendiri.Semua itu terjadi selepas aku membaca satu entry yang agak menarik bagi pandangan aku.Tapi disebabkan sudah agak lama aku tidak menjenguk alam maya ni membuatkan aku lupa laman blog tersebut.Kenapa aku tidak berblog dari dulu?bukan aku tidak mahu,cuma pada waktu itu aku tidak mampu untuk berblog.Bukan tidak mampu kerana tidak mempunyai wang tetapi pada waktu itu awek(ex-awek) aku sudah pun memiliki laman blognya sendiri.Walaupun dipaksa untuk berblog pada waktu itu, aku bagaikan tidak berminat.Aku tidak berminat kerana sudah tentulah awek(ex-awek) aku itu akan membaca apa yang aku tulis kan?dan jika dia membaca apa yang aku tulis ini akan menyukarkan aku untuk berbicara pasal apa-apa yang aku suka seperti contoh cerita gadis kilang yang aku ngorat masa tunggu dia datang time dating.Jadi aku pendamkan dulu keinginan aku tu.Sekarang aku dan dia dah offline jadi aku rasakan sudah tiba masanya untuk aku mulakan impian aku tersebut.

jadi terimalah salam berblog dari aku.
jika tidak menyukai apa yang akan aku kupaskan atau tuliskan, aku tidak kisah. Aku menulis bukan kerana inginkan nama atau wang dari nuffnang atau dari mana-mana advertiser.Aku cuma inginkan kebebasan dalam menulis dan mengeluarkan pendapat yang mana banyak berkabuk dalam kepala otak aku.

sekali lagi aku ucapkan salam berblogging dan jika ada masa, moh pekena teh tarik secawan!

No comments:

Post a Comment