Friday, November 20, 2009

kau memang terer syial

Tadi aku ikut trip memancing kawan aku kat tepi pelabuhan.Walaupun aku ni tak minat nak memancing, disebabkan janji yang aku buat kat kawan aku tu 2 tahun lepas jadi terpaksalah aku turutkan hajat dia tu.Lagipun katanya nak try joran baru.Masa dalam perjalanan tu kawan aku asyik mengeluarkan topik yang sama iaitu kenapa aku boleh putus dengan awek aku tu.Katanya aku ni rugila, tak mengenal dek untung la, suka pilih pompuan la, dan macam-macam tohmahan lagi yang dia lemparkan kat aku.Disebabkan aku seorang yang agak penyabar, aku hanya senyum je bila dengar kata kawan aku tu walaupun dalam hati aku ni umpama gunung berapi yang bakal meletus bila-bila masa.Aku pun explen la dekat kawan aku yang aku putus dengan dia bukan sebab aku nak putus.Tapi disebabkan oleh perasaan cinta tu dah tidak wujud dalam diri aku dan bekas awek aku dan aku dan dia offline pun diatas persetujuan dua-dua pihak.Bila kawan aku dengar aku cakap macam tu terus dia diam sampai la dekat tempat memancing.


Tengah syok memancing kawan aku tanya aku kenapa aku tak kapel lain?Aku cakap la dekat dia aku bukannya taknak kapel lagi tapi aku takut.Takut dengan perempuan zaman sekarang kerana tersalah pikat dapat pula yang dah dirobos almaklumlah semuanya tersembunyi disebalik tudung dan baju kurung yang dipakai.Aku akui memang agak menyesal offline dengan awek aku dulu sebab dalam hal-hal berkaitan maruah dia memang terjaga.Aku nak berkenalan dulu pun terpaksa berjumpa keluarganya dahulu dan sepanjang aku kapel dengan dia aku tak pernah berpeluang nak pegang tangan dia.Itu yang aku respek namun itu juga yang membuatkan aku terpaksa menahan gelora keseorangan.Aku kalau boleh nak cari seorang gadis yang baik namun dalam masa yang sama boleh nakal-nakal dengan aku.Maksud aku bukan nakal-nakal sampai sanggup membiarkan aku meratah tubuhnya, cukuplah dengan gurau senda dan sesi cuit mencuit.Itu aku tak dapat dengan bekas awek aku.Tapi aku offline bukan sebab itu saja, ada lagi sebab-sebab berkaitan, terutama dari pihak keluarganya.

Bila dengar aku cakap macam tu kawan aku gelakkan aku.Dia cakap hidup kenalah enjoy-enjoy dahulu, tak payah konsentrate nak kapel untuk kawen.Masalahnya aku kapel untuk kawen.Bukan untuk main-main dan jika aku nak main-main baik aku habiskan duit main mesin slot mana tahu boleh jadi jutawan segera.Tu pun kalau mengena.Lagipun aku rasa membazir jika kapel hanya untuk main-main.Membazir duit, tenaga, dan perasaan.Angin dengan kawan aku tu aku pun cabar dia.Aku cabar dia mengorat awek kat kedai perabut dekat tempat aku kerja.Lagipun awek tu dah ramai member sekerja aku cuba pikat namun semuanya hampeh.Langsung tak dilayannya.Pantang dicabar kawan aku terus ajak aku kekedai tu.Aku pun ikut je la lagipun aku boleh menamatkan sesi memancing yang sememangnya aku tak minat tu.

Sampai je dikedai perabut tu aku pun tunjukkanlah awek tu.Kawan aku pun dengan selamba pergi kat awek tu dan berlagak macam nak beli perabut rumah.Aku hanya memerhatikan sahaja dari jauh.Tak sampai 5 minit kawan aku tu datang sambil senyum-senyum.Aku tanyalah dia asal dia senyum sorang, dia just ajak aku balik.Dalam hati aku fikir mesti dia dah reject kawan aku tu..hahaha..padan muka kau.Berlagak lagi dengan aku.story end.

...............

aku baru balik dari kedai mamak kat parade.sampai-sampai jer tengok kawan aku tu sedang bergayut, tersenyum sorang-sorang.Nampak je aku dia terus panggil.Ditunjukkan nama kat phone tu.OH tidak!

aku melepas dan menyesal.Bro,kau memang terer syial...
kau bukan terer memancing ikan jer tapi memancing orang pun kau terer.

heran aku.

5 comments:

  1. hehe

    bagaimana tuan hamba mahu berguru sama lu punya kawan ah?

    ReplyDelete
  2. aku tak faham apa perempuan zaman sekarang ni nak.

    ReplyDelete
  3. aku pun x paham apa pompuan nak.
    kalo x dah kompem aku ader pengganti sekarang.

    fatt: aku pun dia kemut ilmu.syial..

    ReplyDelete
  4. sape kawan kau 2?mungkin dia geben@ga-bun(mat saleh sebut bun(ban)) dan bukan gaban.

    ReplyDelete