Monday, March 15, 2010

aku, kondom dan cenderamata

Dah lama aku tak menulis kat laman blog ni.Busy katakan.Lagipun blog ni bukanlah sumber pedapatan untuk aku cuma sekadar hiburan kosong mencurahkan pendapat.Aku begitu tertarik dengan isu yang dua tiga hari ni diketengahkan oleh akhbar tempatan.Kalau anda seorang yang suka membaca,sudah tentu anda tahu tentang masalah penjualan kondom yang terdapat di pusat-pusat beli belah di kotaraya.
Tak ada apa aku nak katakan,memang dah lama pusat-pusat penjualan ni ada,cuma baru sekarang pihak berkuasa tempatan perasan rupanya gambar yang berbentuk stokin di muka depan kedai tu adalah kondom.
Rata-rata pengunjung kedai berkenaan adalah bangsa kita,MELAYU, dan paling memalukan ada juga geng-geng budak sekolah malah ada antara pengunjungnya adalah wanita.dan rata-rata wanita itu adalah dalam lingkungan umur belasan tahun.Adakah wanita sekarang tak tahu malu?atau itukah yang dipanggil advance?anda sendiri tahu jawapannya.
Sekarang ni pihak berkuasa tempatan cakap yang pusat jualan kondom tu adalah sah kerana ianya dianggap sebagai cenderamata seperti key chain,gelang,jam dan sebagainya.Lawak kan?Tapi itulah kenyataannya.Anda jangan terperanjat pula nanti jika ada satu hari anda akan dapat hadiah berupa kondom atau alat mainan berbentuk kemaluan dari pakwe atau makwe anda atau dari sesapa sahaja.Anda harus fikir itu adalah normal..GILA.
Siapa yang harus dipersalahkan disini?Pihak berkuasa?Tuan kedai?Pengunjung?atau kondom tu?tak kira lah sapa yang bersalah,hal ini patut dipandang serius.Boleh merosakkan lagi sosio negara kita yang sememangnya dah rosak sekarang ni.
cukup hal negara.Sebenarnya aku sendiri ada kisah dengan kondom ni.Aku ada seorang member perempuan,cukuplah aku panggil dia ina sahaja.Bujang lagi si ina ni.Sangat bersopan ditempat kerja aku,pakaian pun taklah menjolok mata dikala memandang.Nak dijadikan cerita hari tu dia tertinggal purse dekat main kaunter dan kebetulan pula aku ketika baru keluar dari toilet.Makcik cleaner yang jujur dan amanah tu bagi purse tu dekat aku.Katanya ada seorang perempuan tertinggal purse tu.So,aku pun tak kenal kan sapa tuan empunya barang,jadi aku bukak la.Sedang aku duk selak-selak tu terkeluarla benda alah tu dari celah-celah purse tu.Aku terkedu la kejap.Betol ke si ina ni ada simpan kondom dalam purse dia?dan kalau dia simpan pun untuk apa kan?aku pun cari la ina,tapi bila memandang muka dia yang innocent tu aku tak sampai hati pula nak tanya pasal kondom tu.Nanti katanya aku suka jaga tepi kain orang pula kan.Tapi korang bayangkan la,ina yang sopan sweet sangat-sangat tu ada simpan kondom.Maybe dia takut-takut akan terlanjur kot tak pun dia dah plan untuk terlanjur jadi sebelum pape standby dulu protection.Bodoh.
Kita lupakan pasal ina,tadi aku pegi kenduri kahwin kawan aku.Sedang hangat berborak aku pun tanya lah sorang member aku hadiah apa yang dia kasik kat kawan yang kahwin tu,tanpa segan silu dia cakap kondom!kan cenderamata tu..kitorang sama-sama gelak.Tapi dalam gelak aku tu sebenarnya aku tak menyangka,kawan sekerja aku yang perempuan ni bengong rupanya.Tak fikir malu langsung.maksud aku,kalau semua yang ada kat situ perempuan its ok,nak cakap kondom ke kemaluan ke apa ke tak kisah la kan,nih cuma dia dan kawan aku lagi sorang tu jer perempuan dan yang lain-lainnya lelaki.Aku boleh tengok kawan aku yang perempuan sorang lagi tu pun macam tak percaya apa yang kawan dia sebutkan tu.Jatuh la imej seorang perempuan di depan perempuan.Entah la..aku pun tak tahu dah nak cakap apa.
Apa-apa pun,hal-hal macam ni memang selalunya dipandang remeh masyarakat.Dari dulu lagi orang cakap,mencegah lebih baik sebelum terkena.so,sebelum berlakunya kerosakan lagi dalam masyarakat dan remaja sekarang ni,eloklah dicegah.

p/s : orang sekarang memang tak malu beli kondom.kalau yang dah kahwin tu xpe la.Ni yang belom kahwin selamber je ada kondom.Entah alasan apa digunakan untuk beli pun aku tak tau.Aku pun segan nak beli even andaikata aku dah kahwin sekalipun.

1 comment: